Status Kerabat Diraja

Mengulas mengenai kedudukan diantara kerabat-kerabat diraja malaysia, kita mempunyai 13 buah didalam negara Malaysia dengan 9 bilangan sultan dan 1 agong yang dipilih diantara sultan-sultan secara bergilir. Ini menggambarkan bagaimana kesultanan melayu Melaka memerintah empayar melayu (sistem beraja). Sultan-sultan negeri yang 9 ini adalah dibawah takluk sultan melaka sehingga tahun 1511. Dengan kejatuhan empayar melaka ketangan Portugis pada bulan ogos 1511 maka semua sultan ini menjadi bebas untuk memerintah negeri masing-masing.

Inilah cara perlembagaan kita untuk menyatukan kembali sistem kesultanan melayu dengan melantik agung secara bergilir untuk mencerminkan pemerintahan raja silam (Sistem beraja melaka) dan menyatukan kembali negeri-negeri seperti mana pemerintahan zaman kesultanan melayu melaka.

Di zaman sekarang dengan mempunyai kesultanan melayu dan kerabat-kerabat diraja, ke manakah kita sebagai ahli kerabat-kerabat ini??

Memang betullah keakraban diantara sultan-sultan memang la ada tetapi begaimana degan kerabat-kerabat masing-masing??

Misalnya kerabat Selangor dgn Selangor, kerabat Johor dgn Johor, kerabat Perak dgn Perak, kerabat Kelantan dgn Kelantan, haruskah kita begini selamanya??

Tidakkah kita berhasrat untuk bergabung semula seperti mana empayar melaka dahulu??

Kalau kita berpecah, kita akan lemah!! Cuba kita lihat negara Siam dengan satu raja dan satu kerabat dalam satu negara. Tidakkah ia memberi satu kekuatan pengaruh dan keseganan dalam sistem pemerintahan negara??

Tidakkah kita kerabat-kerabat boleh bersatu seperti mana contoh kerabat-kerabat di negara Siam??

Tidak adakah diantara kerabat-kerabat diraja ke 9 negeri-negeri melayu yang dapat menyatukan kita semua sebagai ahli kerabat??

Sepatutnya kita menubuhkan satu pertubuhan kerabat diraja semalaysia untuk menyatukan kerabat-kerabat sekelian. Bak kata pepatah melayu "Bersatu teguh Bercerai Roboh". Sekarang ini sistem institusi diraja berada di saat gentir? di serang dari segenap penjuru, apa ahli-ahli kerabat kita boleh buat?? Masalah Kedah dgn Kedah, masalah Perak dgn Perak, masalah Kelantan dengan Kelantan. Sekarang bukan zaman "TOMBAK DAN LEMBING" serang menyerang antara negeri, sekarang zaman kekuatan minda dan kepimpinan. Mengapa zaman empayar melaka mempunyai pemimpin yang berkepimpinan dan sekarang pemimpin pula tiada kepimpinan!!...

DIMANA KEKUATAN KITA???????..........